Sistem pentadbiran di kampung ini adalah ditadbir di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ataupun lebih dikenali sebagai JKKK. Sistem pentadbiran ini adalah diselaraskan di bawah Jawatankuasa Penyelaras Mukim Jeneri yang diselia oleh Pegawai Tadbir Mukim dan berada di bawah Sistem Pentadbiran Daerah Sik.
Tugas utama jawatankuasa ini adalah sebagai badan perantara antara penduduk kampung dengan pihak kerajaan. Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab menyampaikan sebarang masalah penduduk serta menyalurkan apa-apa maklumat dan perlu mencadangkan sesuatu pendekatan kepada pihak atasan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Organisasi JKKK Kampung Kuala Kerik