Selamat Datang ke laman web Kg. Kuala Kerik, Sik, Kedah.

INFRASTRUKTUR

Pendidikan


1. SK Kampong Betong


Diasaskan pada tahun 1941 oleh Tn. Hj. Salleh B. Saud dan Saud B. Ismail. Bangunan dibina secara gotong-royong. Guru besar pertama ialah En.Omar B. Bakar. Pada tahun 1962, ditambah sebuah bangunan satu tingkat, dan pada tahun 1980 ditambah lagi bangunan dua tingkat. Pada tahun 2001 pula sebuah makmal komputer siap dibina. Bangunan tambahan empat tingkat mula dibina pada tahun 2007 dan diserahkan pada Februari 2009. Murid sulung Prasekolah diterima pada tahun 2011.

Tema
•    1 SK Kampung Betong. Murid Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Visi Sekolah
•    Pada tahun 2013, Sekolah Kebangsaan Kampung Betong akan mendapat sekurang- kurangnya kedudukan band prestasi 2 dalam NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia.    

Motto Sekolah
•    Taat Tekun Tabah

2. Tabika KEMAS Kampong Betong



3. SMK Jeneri 


KEROHANIAN & SIVIK 

1. Masjid Al-Falah Kampung Betong


Masjid Al-Falah Kampung Betong telah dibina pada tahun 1920-an menggantikan masjid lama yang diperbuat daripada kayu. Masjid ini terletak di dalam Kampung Kuala Kerik. Ia dapat menampung lebih kurang 500 orang jemaah dala satu-satu masa. Masjid ini merupakan pusat kepada segala aktiviti yang berkaitan dengan keagamaan. Sebanyak 8 buah kampong yang berada di dalam Kariah Masjid al-Falah Kampung Betong iaitu:
• Kampung Kuala Kerik
• Kampung Pokok Jerai
• Kampung Betong Dalam
• Kampung Seri Aman
• Kampung Relong
• Kampung Kenangan
• Kampung Padang Pulut
• Kampung Pasir Puteh



JAWATAN
NAMA IMAM
KAMPUNG
Imam
Haji Othman bin Mat Hassan
Kampung Kuala Kerik
Bilal 1
En. Said bin Awang Kechik
Kampung Kuala Kerik
Bilal 2
En. Ghazali bin Harun
Kampung Kuala Kerik
Siak 1
En. Ramli bin Saad
Kampung Pokok Jerai
Siak 2
En. Sobri bin Abdullah
Kampung Kuala Kerik

Senarai Pegawai Masjid Al-Falah Kampung Betong
 


2. Badan Khairat Kematian Kampong Betong