Selamat Datang ke laman web Kg. Kuala Kerik, Sik, Kedah.

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kuala Kerik, Sik, Kedah.

Pusat Internet 1 Malaysia, Kampung Kuala Kerik, Mukim Jeneri, 08210 Sik, Kedah merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence.

Tujuan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dibangunkan adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 buah untuk Fasa 1 dan 53 buah untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat juga Fasa Felda dan Fasa Tambahan. PI1M Kg. Kuala Kerik merupakan Fasa IV.

PI1M juga ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian. PI1M turut dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd.

Kementerian berhasrat menjadikan PI1M sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

• e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
• e-Pembelajaran (e-Learning)
• Pengumpulan dan pertukaran maklumat
• Pusat Komunikasi
• Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
• Pusat peperiksaan dan persijilan.
 

PI1M Kampung Kuala Kerik terletak bersebelahan dengan Dewan UMNO Kampung Kuala Kerik. Lokasinya kira-kira 500 meter daripada Sekolah Kebangsaan Kampung Betong. Terdapat juga kemudahan lain yang berhampiran dengan PI1M seperti Masjid Kampung Betong, Tabika KEMAS, klinik kesihatan dan kedai runcit.